Chalet
Di Serendah, banyak chalet-chalet yang selesa disediakan dengan harga yang sungguh
berpatutan. Anda boleh memilih untuk tidur di chalet yang berhawa dingin atau
berdekatan dengan sungai. Setiap chalet disediakan tandas masing-masing dan
juga kemudahan seperti kipas, katil, almari dan juga television. Bagi mereka
yang datang ke sini secara berkumpulan, kami juga menyediakan asrama atau dorm
yang sungguh selesa. Boleh memuatkan lebih kurang 20 orang.Bagi mereka yang
lebih lasak pula, kami juga ada menyedia peralatan khemah yang boleh disewa.
Jadi tepuk dada tanyalah selera.
Serendah Sikebun
Bunga menyediakan pelbagai kemudahan penginapan, sajian masakan kampung (atas
permintaan), pelbagai jenis permainan termasuk aktiviti tahan lasak seperti
mendaki bukit, meredah hutan, merentas sungai dengan tali, perkhemahan,memancing
dan sebagainya.
Di sini juga ada disediakan tapak perkhemahan, tempat memasak, surau dewan makan,
kemudahan "tv astro" untuk peminat bolasepak, karaoke dan tasik buatan
manusia untuk aktiviti memancing. Terdapat
juga dewan tertutup untuk mesyuarat yang boleh menampung seramai lebih kurang
50 orang dan dewan terbuka untuk 150-200 orang. Terdapat juga asrama (dorm)
untuk pakej berkumpulan. Di chalet kami terdapat sungai yang menyejukkan dimana
pengunjung dapat menikmati keindahan alam sekitar.