SERENDAH SI KEBUN BUNGA HOLIDAY HOMES,
SIK, KEDAH DARULAMAN

"A KAMPUNG STYLE RESORT"

Keindahan Dusun Buah Di Sik
Lain orang lain ragamnya.Begitu juga dalam memilih tempat untuk melancong. Ada yang suka bercuti di pantai atau di pulau-pulau peranginan.Sesetengah orang pula meminati hutan khatulistiwa dan mereka memilih destinasi ini untuk menenangkan fikiran dan lari daripada hiruk-piruk bandar.Serendah Sikebun Bunga Holiday Homes yang terletak di Sik, Kedah merupakan antara pusat pelancongan yang mempunyai keistimewaan tersebut.Pusat pelancongan itu yang dikelilingi kebun getah dan dusun buah-buahan teletak di kaki bukit di Chepir dengan Sungai Sik mengalir di tepinya.


Kami juga menjual madu asli yang boleh didapati di ladang kami. Halaman web www.madusik.net




Jika dilihat peta, Serendah Sikebun Bunga teletak agak jauh ke dalam dan ia bukan suatu yang menghairankan kerana daerah Sik sendiri dianggap sebagai daerah pedalaman.Chepir terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Sik atau 70 kilometer dari ibu negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar.

Bagaimanapun daerah pedalaman itulah yang menjadikan Serendah Sikebun Bunga sebagai sebuah tempat istimewa khususnya bagi mereka yang mencintai alam sekitar dan mahu menikmati suasana kampung.Keistimewaan Serendah Sikebun Bunga dapat dirasai apabila pengunjung tiba di persimpangan masuk pusat peranginan itu. Untuk masuk ke Serendah Sikebun Bunga, para pengunjung terpaksa melalui lorong kecil sejauh 50 meter sebelum tiba di pintu masuknya.Kiri kanan lorong kecil itu merupakan sawah padi.

Sebelum masuk ke Serendah Sikebun Bunga, pengunjung perlu melintasi jambatan kayu yang merentangi Sungai Sik.Walaupun lebarnya tidak seberapa tetapi dalamnya yang mencapai paras pinggang sudah cukup untuk bermandi-manda di dalam sungai yang jernih lagi sejuk airnya itu.Sesuai dengan namanya, Serendah Si Kebun Bunga dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga yang merupakan sentuhan pemiliknya iaitu mantan wakil rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Jener dan Siki, Dato' Dr. Wan Azmi Ariffin yang begitu rajin menanam dan menjaga pokok tersebut.Bagi pengunjung yang pertama kali tiba di Chepir, mereka tentunya menyangka pusat pelancongan itu agak terhad bilik penginapannya kerana yang kelihatan hanyalah dua bangunan calet, sebuah madrasah dan sebuah rumah kayu.


Sebenarnya, terdapat beberapa calet lagi yang terletak di lereng bukit tetapi terlindung dengan pokok-pokok hutan dan buah-buahan.Rumah kayu itu pula adalah rumah rehat pemilik pusat pelancongan tersebut. Ia juga dijadikan pusat operasi menguruskan pendaftaran pengunjung.Bangunan madrasah selain menjadi tempat untuk beribadat, di bahagian bawahnya boleh dijadikan bilik persidangan yang boleh memuatkan kira-kira 80 orang.

Serendah Sikebun Bunga yang mempunyai 15 buah bilik termasuk dua buah asrama boleh menampung kira-kira 60 orang pada satu masa. Kadar bayaran penginapan ialah antara RM40 hingga RM200. Selain bilik penginapan, pusat pelancongan itu juga mempunyai sebuah balai yang sesuai diadakan majlis ceramah.Tidak hairanlah banyak agensi kerajaan dan syarikat swasta memilih Serendah Sikebun Bunga untuk mengadakan kursus motivasi bagi kakitangan mereka.

Menurut Dato' Dr. Wan Azmi, pusat pelancongan itu sememangnya sesuai untuk mengadakan majlis seperti seminar atau kursus.

Tapak asal pusat pelancongan itu dulu adalah dusun buah-buahan dan kebun getah tetapi sejak Dr. Wan Azmi membangunkan kawasan tersebut kira-kira empat tahun lalu, ia kini menjadi tempat percutian yang menarik.Pokok durian, rambutan, cempedak, dokong yang sedang membesar dan pokok langsat merupakan pemandangan biasa di kawasan percutian itu.

Tidak lengkap jika kita mengunjungi Serendah Sikebun Bunga tanpa mendaki puncak bukit berhampiran kerana dari situ pengunjung boleh melihat pemandangan kawasan Chepir yang masih tebal dilitupi pokok-pokok hijau.Menginap di Serendah Sikebun akan menjadi lebih bermaka jika pengunjung menikmati sepenuhnya keindahan alam kurniaan Tuhan dengan bermain air Sungai Sik, memancing ikan di kolam di tenagh-tengah pusat pelancongan itu ataupun melakukan aktiviti merentas hutan.

 



Pihak pengurusan bersedia membantu pengunjung menjayakan aktiviti bersesuaian seperti merentas hutan, mendaki bukit berhampiran, memanggang daging dan riadah lain.Pengunjung juga boleh membuat tempahan makanan di pusat pelancongan itu yang tentunya menyediakan masakan kampung terutama ulam-ulaman dengan harga yang berpatutuan.

Serendah Sikebun Bunga terletak kira-kira enam kilometer dari Lata Mengkuang. Lata Mengkuang terkenal sebagai kawasan berkelah.Alang-alang sudah sampai ke Sik, pengunjung juga boleh singgah menikmati air panas semula jadi di Air Panas Hulu Legong yang dibuka 24 jam kepada orang ramai.

Walaupun terletak di daerah Baling tetapi perjalanan-nya dari Serendah Sikebun Bunga jika menaiki kereta hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.Selain itu pengunjung boleh berkelah di Lata Bukit Hijau, Lata Bayu dan juga Serendah Sikebun Bunga.Serendah Sikebun Bunga walaupun terletak jauh ke dalam tetapi mudah dicari lokasinya kerana terdapat banyak papan tanda memberi kedudukannya sama ada sebelum atau selepas pekan Sik.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang Serendah Sikebun boleh menghubungi talian 013 6650 999

CARA KE SANA
Untuk ke Serendah Sikebun Bunga, pengunjung dinasihatkan menggunakan kenderaan sendiri kerana sistem pengangkutan awam di daerah Sik masih belum efisien.Jika datang dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, pengunjung perlu memasuki jalan susur keluar ke Gurun.Sebaik sahaja melepasi plaza tol Gurun, terus ke Jeniang sebelum sampai ke pekan Sik. Serendah Sikebun Bunga terletak kira-kira 10 kilometer selepas pekan Sik.



70 KM DARI ALOR SETAR

SERENDAH SI KEBUN BUNGA HOLIDAY HOMES,
SIK, KEDAH DARULAMAN

"A KAMPUNG STYLE RESORT"

Tel : 013 6650 999

email ke : planbmedia@gmail.com